Fresh News & Updates

5 Lagu Patriotik Malaysia Terbaik

Written by , Wednesday, August 18, 2010

Walaupun hari kebangsaan masih jauh lagi namun semangat cintakan negara tidak harus pudar di hati setiap warganegara Malaysia. Sesungguhnya kita selaku warganegara yang bertanggungjawab selain dari bangun berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan, kita juga harus tahu lagu-lagu yang memberi semangat cintakan negara. Maka atas dasar kesedaran ini Jiboneus mempersembahkan senarai lima lagu patriotik terbaik yang anda boleh dengari untuk menyemarakan lagi semangat kenegaraan anda.

SENARAI 5 LAGU PATRIOTIK MALAYSIA TERBAIK

TEMPAT KELIMA – KERANA MU MALAYSIA

Lagu yang cukup bersemangat ini menceritakan bagaimana seorang Buruh, Nelayan dan juga Petani telah membuat anjakan paradigma dan berubah menjadi Pakar IT, Pakar Ekonomi, Jaguh Sukan dan Juga Jutawan. Selain dari mempunyai irama lagu yang rancak lagi menarik ianya juga memberitahu tentang bagaimana kita seharusnya melahirkan Generasi Bijak Pandai yang mana telah melakukan perubahan sebagaimana contoh nelayan, buruh dan juga petani itu.
Malah mengikut kajian kami lagu ini merupakan salah satu lagu patriotik yang apabila terdengar sekali sering kali terlekat dalam otak sepanjang hari. Oleh itu atas dari nasihat berguna yang cuba disampaikan dan rentak lagu yang menarik maka ianya memang layak mendapat tempat kelima.

TEMPAT KEEMPAT – SEJAHTERA MALAYSIA

Lagu yang bermula dengan ayat “Puji dan syukur pada Ilahi, Anugerahnya tiada terhingga,Kedamaian kemakmuran, Malaysiaku bahagia” merupakan antara lagu patriotik yang paling damai, makmur dan membahagiakan yang merupakan satu anugerah. Lagu ini yang sering dimainkan lewat malam dalam Radio Television Malaysia kerana irama yang cukup sedap. Berentak balada ianya juga merupakan salah satu lagu patriotik yang cukup popular serta berjaya memecahkan “stereotype” lagu-lagu patriotik dan ianya pernah dinyanyikan oleh penyanyi wanita nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza. Tahniah buat pencipta lagu kerana berjaya memecahkan stereotype lagu patriotik yang berentak ala-ala kawat pengangkap sekolah.

TEMPAT KETIGA – FIKIRKAN BOLEH

Tatakala melihat Datuk Lee Chong Wei dihentam teruk oleh Lin Dan baru-baru ini dan kekalahan Malaysia di tangan Jepun benar-benar membuatkan kita berasa rindu pada zaman kegemilangan badminton Malaysia. Nama-nama seperti Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Jalani Sidek, Chua Soon Kit dan lain-lain memberikan memori indah buat rakyat Malaysia. Maka ketika mana Malaysia memenangi Piala Thomas lagi ini merupakan lagu tema untuk setiap kanak-kanak pada zaman itu kerana mereka benar-benar percaya yang Malaysia boleh melakukan apa sahaja. Dengan Slogan Malaysia Boleh serta lagi Fikirkan Boleh saya benar-benar percaya yang pasukan bola Malaysia boleh masuk ke Piala Dunia katika itu, namun apa kan daya fikir je tak cukup bang, kena pandai main jugak. Tapi tidak mengapa, untuk kita mencapai sesuatu kejayaan itu langkah pertama ialah untuk fikirkan yang kita boleh! Malaysia Boleh!

TEMPAT KEDUA – 31 OGOS

Nyanyian Allahyarham Seniman Lagenda Sudirman Haji Arshad lagu ini adalah ibarat lagu tema apabila tiba tarikh 31 ogos (Oklah mungkin kerana tajuknya). Sudirman yang mempopularkan Chow Kit dengan lagunya telah menghadiahkan Malaysia dengan sebuah lagu patriotik yang cukup disayangi. Dengan rentak rancak, menarik, mesej yang terus terang serta diselang seli nyanyian kanak-kanak lagu ini benar-benar layak mendapat tempat kedua. Dengan suara unik seorang seniman dan bunyi trompet yang menaikkan semangat juang benar-benar membakar jiwa merdeka. Ayuh apa lagi, mari kita seluruh warga negara ramai-ramai menyambut hari merdeka, MERDEKA!! (SILA JERIT)

Namun walaupun ianya dinyanyikan oleh lagenda, ia masih belum cukup untuk mendapat tempat pertama….
Sesungguhnya tempat pertama, lagu patriotik Malaysia terbaik jatuh kepada……

TEMPAT PERTAMA – BARISAN KITA

Lagu yang cukup menyemarakan semangat romantis lelaki dan menjadi nyanyian kanak-kanak ketika membeli senapang mainan dari kedai runcit S Alapitchay (Kedai runcit Off Jalan Doraisamy sebelum masuk Asian Heritage Row) tidak lain tidak bukan INILAH BARISAN KITA!!! Lagu yang cukup memberikan semangat terutama selepas menonton cerita Bukit Kepong atau Darah Satria menjadi pujaan ramai kanak-kanak 8 tahun yang bercita-cita untuk menjadi seorang asykar atau soldadu. Lagu yang menceritakan semangat juang perajurit-perajurit kita yang teguh menentang anasir komunis, lanun dan pengganas, ditujukan khas buat pejuang-pejuang negara yang menjaga sempadan dan keselamatan negara memang sepatutnya mendapat tempat pertama. Sesungguhnya keamanan yang kita capai hari ini adalah hasil dari titik peluh dan pengorbanan perajurit negara. Ayuh marilah kita menyemarakan lagi semangat pejuang dalam diri kita dengan menyanyikan lagu BARISAN KITA!!!!1111!!

Maka itulah dia senarai lima lagu patriotik yang dirasakan terbaik. Semoga selepas ini semangat cintakan negara anda semakin meninggi sehingga anda sanggup berdiri apabila mendengar lagu negaraku, menggantung bendera pada bulan ogos dan membayar cukai pendapatan. Ayuh apa tunggu lagi, hafalkan lagu-lagu ini, letakkan dalam senarai “playlist” anda dan jangan segan silu menyanyikan lagu patriotik ketika tersekat dalam kesesakan lalu-lintas atau traffic jam. Terima kasih kerana sudi membaca dan saya akhiri penulisan ini, sebagaimana RTM mengakhiri rancangan mereka, dengan lagu kebangsaan kita.

SEMUA HADIRIN DIMINTA BERDIRI…..

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Tan Sri Frank Sinatra is a cockroach. He blogs at lipassepi.blogspot.com Follow his tweet at twitter.com/sinatra_z

Other Possibly Related Post

  • No Related Post
Sponsored ads
  • syarul

    Betul tu Tan Sri. Dulu ada jugak kita dengar penyanyi bukan melayu nyanyi lagu patriotik dalam TV mcm Francesca Peter skarang ni rasanya tak perasan la pulak. Takkan melayu aje yang nyanyi lagu patriotik, org cina? org india? lagu andy lau dan nyanyian MGR tidak boleh dikategorikan sebagai lagu patriotik.

    Lagu warisan nyanyian sudirman pun best Tan Sri.

  • nekounam

    sape ade lagu yang liriknye macam nie… kita mampu mengacara, akttiviti antarabangsa, malaysia terunggul di dunia.. (nama lagu tak ingat)..

  • ni hao ma

    helloo..

  • NN

    lagu adalah sesuatu yang dapat menunjukkan perasaan patriotik kita dan bukannya semua yang menyanyi itu patriotik. ada yang menyanyi kuat-kuat tetapi melakukan perkara yang boleh menjejaskan negara. ada yang tidak menyanyi pulak menunjukkan taat setia melalui tindakan yang boleh membawa kebanggaan. kesimpulannya , elok nyanyi lagu patritik dan menunjukkan betul-betul patriotik melalui tindakan.

  • http://profile.yahoo.com/L2L537GK2AQC4UAS2JAPU2N3D4 Muhammad Hafiz Sayuti

    sapa tahu lagu yang dibuat untuk Tun M [x silap saya] yang mulanya “langkah, beribu langkah, ke destinasi…..”

Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique
Advertise
Sections

Follow

Search our archive
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.