Fresh News & Updates

Lagu Buat Isteri Tercinta

Written by , Friday, July 9, 2010

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia kembali lagi saya yang hilang sebentar akibat dari serangan selsema, batuk dan angin kus kus. Sesungguhnya terdetik lagi hati Tan Sri untuk menulis satu nukilan pada malam Jumaat ini khas buat pasangan-pasangan yang telah berkahwin di luar sana. Sesungguhnya cinta itu indah, cinta itu penyatuan hati antara dua insan yang saling memahami, menyayangi dan mempunyai kesamaan. Memang banyak pasangan bercinta namun dalam banyak-banyak pasangan bercinta dari “awek-balak”, “steady couple” , “scandal” hinggalah kepada “teman tapi mesra” sesungguhnya cinta yang paling indah antara dua insan ialah cinta yang diikat dengan tali ikatan yang sah yakni pasangan suami-isteri.

Sesungguhnya bukan mudah untuk mengekalkan romantis rumah tangga terutama bila telah lama berkahwin, sesungguhnya kemanisan ketika mula-mula berkahwin biasalah akan terasa sedikit pahit kelat akibat dari menjalani kehidupan seharian. Memanglah kalau baru kahwin dulu kalau ditaruknya garam sekilo dalam nasi goreng suami senyum tahan dikatanya “Sedap sayang” namun sekarang kalau kopi terlupa letak susu terus pergi kedai mamak menonton piala dunia.

Namun sempena malam Jumaat ini Jiboneus akan mencadangkan beberapa judul lagu yang moga-moga dengan restu ilahi dapat mengembalikan kemanisan dalam perkahwinan. Lagu-lagu romantis lagi menyentuh kalbu ini diharap dapat membantu suami-suami untuk mengembalikan madu di dalam rumahtangga serta mengingatkan isteri mereka tentang erti percintaan dan terus mengembalikan semangat untuk membuat anak. Ayuh apa tunggu lagi, Abang-abang sekelian catit dan hafal lagu-lagu ini semoga anda dapat mengembalikan bola-bola api dalam perkahwinan anda.

BROERY MARANTIKA – SABAR MENANTI

Sesungguhnya bukan calang-calang penyanyi ini, antara suara yang paling dikenali di nusantra Broery Marantika telah menghiburkan jutaan telinga dengan suara lemak merdunya. Lagu ini yang dinyanyikan khas buat kekasih yang terpaksa ditinggalkan sementara. Jadi buat suami yang terpaksa berkerja “outstation” atau dihantar ke tapak projek nyanyikanlah atau tujukanlah lagu ini khas buat isteri anda dan pastinya kecewanya sedikit terubat rindunya akan bertambah lagi. Dengan ayat seperti “Daku pergi demi tugas, Walau apapun beratnya, Oh relakan, Pesanmu tak kulupakan, Sumpah setia demi cinta, Oh percayalah” mesti dia cair punya.

ELVIS PRESLEY – ARE YOU LONESOME TONIGHT

Kalau anda bergaduh dengan isteri anda mungkin sebab anda terkasar bahasa, atau terlupa hari jadinya apatah lagi di terbaca SMS kawan wanita anda (Alamak Kantoi!) pastinya anda boleh menggunakan lagu ini untuk memujuk hatinya yang merajuk itu. Apatah lagi apabila anda dihalau keluar dari bilik dan terpaksa tidur di sofa atau luar pagar bolehlah anda menelefon stesen radio kegemaranya dan meminta lagi ini dimainkan, moga-moga tatakala dia baring di atas katil seorang diri dan berasa “Lonesome” maka dia pun bagilah anda masuk balik ke dalam rumah.

P RAMLEE & SALOMA – BULAN DIPAGAR BINTANG

“Itu si Ros main radio, kalau dia tak main satu hari tak senang!” Jawapan Pak Mustar kepada Ajis yang sedang merasakan yang Ramlee sedang jual minyak dekat cikgu Ros. Anda dan isteri anda, kalau dua-dua suka menyanyi bolehlah nyanyikan lagu yang penuh romantis ini. Gandiangan mantap seniwati dan seniman tanah air pastinya dapat mengembalikan susana yang harmoni di rumah tangga anda. Tapi anda tidak perlulah buat di rumah bapa mertua anda sebagaimana Cik Ros dan P Ramlee, sekadar dalam bilik sudahlah, tak kisahlah suara anda macam katak pun isteri anda tetap sayang.. betul.

KOPRATASA – PERMATA UNTUK ISTERI

Lagu yang cukup puitis ini menceritakan apakah erti cinta dan kasih sayang terhadap seorang isteri, jarang sekali ada lagu yang benar-benar ditulis khas buat pasangan yang sudah berkahwin oleh itu memang lagu ini wajib anda tahu. Tidak seperti kebanyakan lagu cinta yang hanya menceritakan yang manis-manis lagu ini menghuraikan apakah erti dan harapan seorang suami kepada isterinya dan juga kehidupan yang bakal mereka lalui. Kalau anda pandai main gitar saya benar-benar cadangkan anda belajar main lagu ini dan tujukan lagu ini kepada isteri anda moga-moga anda berdua menghayati erti lirik lagu tersebut.

P RAMLEE – PUKUL TIGA PAGI

Lagu yang tersangat lah sesuai anda nyanyi dalam bilik tidur khas buat isteri anda tidak lain tidak bukan lagu Pukul Tiga Pagi. Lagu yang tak susah nak dinyanyikan serta irama yang cukup merdu memang pastinya dapat mengembalikan suasana romantis, kemanisan, keindahan dalam rumahtangga anda bak malam pertama perkahwinan. Nyanyilah buat isteri awak tu, janganlah malu sangat bukan ada orang nampak pun, dia mesti suka, tak kisahlah awak bukan P Ramlee. Sesungguhnya lagu ini yang dinyanyikan oleh Jamil (P Ramlee) setelah baru berkahwin dengan Ani (Sarimah) dalam filem Madu Tiga cukup sesuai buat malam-malam begini. Tapi Awas! Isteri anda mungkin merasakan curiga yang anda ada rancangan nak kahwin lagi satu, sebab dalam filem itu P Ramlee nyanyikan lagu ni buat isteri mudanya.

Itulah dia beberapa cadangan dari penulis, cuba-cubalah mana tahu rumahtangga anda kembali seri, kalau berjaya tak perlulah anda berterima kasih kepada penulis anggaplah ini sebagai amal jariah kami di Jiboneus dalam cuba menyebarkan semangat kasih sayang kembali dalam rumah tangga. Sekian, Selamat Malam, Selamat Tidur dan Selamat melayari bahtera perkahwinan.

Like this post?

Then spread the word!

About the Author

Tan Sri Frank Sinatra is a cockroach. He blogs at lipassepi.blogspot.com Follow his tweet at twitter.com/sinatra_z

Other Possibly Related Post

  • No Related Post
Sponsored ads
Powered By
Hosted on MediaTemple Nunc Ubique
Advertise
Sections

Follow

Search our archive
Get In Touch

Do you have any ideas or suggestions? We need your help to keep us up-to-date. Suggest to us - links, videos, stories or events. Use this form to submit items for editorial consideration.

We are also looking for passionate writers to join our editorial team. Interested? Drop us an email :- mail @ jiboneus.com

Fan us on Facebook
Creative Commons License All work unless stated otherwise, is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.